SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...

Mungkin masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA!!
eheheheheheh, rayakan sebulan... memandangkan aku dah lamaaaaaaaaaaaa tak update blog, so harini nak belanje sikit gambar raya yang tak raya sangatlah 👅


ni gambar  family aku eh, family mertua aku 😋

tahun ni takde gambar dengan family, yelah, kakak aku semua balik rumah mertua diorang, memang aku sorang-sorang lah citer dia...
Mak Bapak aku pulak, pagi2 lagi dah pergi sembahyang raya, pastu terus pergi tengok orang meninggal, yang aku ni, sorang2 kat rumah siapkan apa-apa yang patut untuk orang datang beraya...
Takde la gambar raya dengan family tahun ni, 
so ni sekeping gambar raya aku yang paling selekeh!

Lepas makeup lawa2, aku buka tv then tidurrrrr

tragis kan kisah hari raya aku???

okay

"SELAMAT HARI RAYA"

DAY 3

Assalamualaikum...

Hmmm apa punya challenge lahhh... dah banyak hari tak update blog, sebab terlalu busy sejak-sejak telah bekerjaya nih.. hehehew...

nah akak belanje sekeping.

besfriend i suatu ketika dahulu... dulu benci dia ni.. kihkih

31 DAY CHALLENGE : DAY 2 - Abang Apit

Assalamualaikum...

Seperti yang dinyatakan entry semalam, harini aku buat lagi vector, yelah dah nama pun 1 hari 1 vector, kikikiki😁
So harini aku buat vector Orang kuat UMK Bachok, Abam MPP kita, teeediaaaaa😋


Maaf atas kekurangan.. masih dalam pembelajaran lagi..
Bersempena hari lahir dia hari ni, aku hadiahkan vector ni, hihihi...

Eh eh, ramai pulak yang suruh aku buatkan vector mereka sejak2 vector abang apit ni tersebar kat FB tadi... aku bukan taknak buat, boleh je, tapi tak berbaloi kot nak menghadap 3 jam depan laptop without any comisyen, hahaha bukan lah mata duitan, tapi as designer ni, faham2 lah, nak godek2 Ai tu pun dah berjam-jam.. phewww 😰 penat hakak! Bukan mahal pun, tapi yelah, sape lah nak bayar kalau setakat digital art ni kan? setakat trace balik, tapi try lah buat kalau nak tau susah ke senang.. haih...😏


31 DAY CHALLENGE : 1 hari 1 vector -Shukri Yahya

Assalamualaikum...

Saja gedik2 nak buat challenge sendiri. Sape rajin nak buat, buat lah,

Dia punya arahan pun senang je, setiap hari mesti hasilkan 1 vector, tak kisahlah nak buat guna apps ape pun, adobe ape pun, bagi aku, aku lebih prefer Adobe Illustration atau photoshop sebab aku tak ada SAI, kikiki..

Challenge ni jugak nak didik supaya korang rajin update Blog, hahahaha


Okay untuk yang first ni, aku buat Vector Shukri Yahya,


Jadi tak? nampak macam Shukri Yahya kan? ok lah tu nampak rupa, kira berjaya jugaklah kan? 
ni aku buat guna AI, first time buat vector guna Ai tau, sebelum ni buat guna PS je, okay tu je, esok gua update lagi.. tunggu....

Banjir Di Kelantan...

Assalamualaikum...

Seperti yang korang sedia maklum, Kelantan sekarang ni tengah dilanda musibah Banjir... tapi masih belum teruk macam 2014 dulu, okay yang menyebabkan aku jadi cemas sekarang ni adalahhhhhhh aku masih di Kelantan sedang berperang dengan final exam last paper... okay tak kisah sangatlah... tapi yang menjadi aku kisah sangat sebab
...
...
...
GAP lama wey, erghhh!!! ni baru selesai paper 3hb, then ada paper lagi 9hb.. pastu 10hb malam baru bertolak balik Kedah, aku berharap sangat jalan ke Grik tu masih okay, tak nak duduk Kelantan without Mak and Abah, Nak balik juga walau macam mana sekali pun... Tiket dah dibeli, harap2 sampai lah Kedah nanti, Amin...

Keadaan air bertakung di UMK Kampus Pengkalan Chepa

Walaupun dilanda banjir dan hujan, para pelajar tetap gigih ke Kampus untuk menghadapi final exam

Sekitar UMK Kampus Pengkalan Chepa

Sumber: FB Rasmi UMK

Walaupun hujan dan air semakin naik, aku bangga dengan pelajar2 UMK kampus Pengkalan Chepa ni, sikit pun tak merunggut dengan keadaan kampus macam tu, semoga kejadian 2014 tak berulang lagi, sama2 kita doakan yang terbaik, jawab exam dengan tenang ye kawan-kawan, habis exam nanti balik kolej boleh berenang terus, kkk gurau2...


Alhamdulillah, aku di UMK Kampus Bachok ni masih okay, setakat air melimpah sikit2 je... bertabahlah wahai kawan2ku di PC (Pengkalan Chepa)